Sunday, 2 December 2012

Gotta catch em' all 15 Years

As Salam,

Ini ialah entry sempena 15 tahun anniversery anime Pokemon. 15 tahun tu, waktu aku sedang budak hingusan lagi. Cewahh sekarang ni dah tak hingus lagi lah? dh besar dewasa pun layan Pokemon lagi, buat malu je.

Eh jangan pandang Rendah, ingat Pokemon ni budak-budak kecil je ke boleh layan? Aku suka Pokemon ni sebab cerita ni dah sebati dengan aku, pasal dari kecil tengok pengembaraan Ash/Satoshi (kalau dlm Jepun) dan partner dia Pikachu sampai sekarang masih lagi best.

Ini ialah series yang terbaru Pokemon Best Wishes season 2.

Kalau nak type semua nama series dia memang panjang, maklumlah dah beroperasi selama 15 tahun. Tapi honestly aku tak tengok semua series dia pun, mungkin kalau boring-boring nanti aku tengok lah kot. Yang aku tahu ialah Pokemon, Pokemon Johto Journey, Pokemon Indigo League, Pokemon Orange Island, Pokemon Diamond and Pearl, Pokemon Best wishes season 1 & 2 dan sebagainya..
Kalau nak tengok cubalah layari AnimeFreak.

Tapi pelik juga macam mana hero dia Ash/Satoshi ni boleh maintain budak-budak, walhal dah 15 tahun sepatutnya dia dah dewasa macam aku juga =____=
Takpelah, yang penting anime dia best. Happy birthday Pokemon.


No comments: