Sunday 2 December 2012

Kata Ganti Nama Diri

As Salam,

Ingat lagi tak waktu di sekolah dahulu ada belajar Kata ganti nama?
Kalau nak cerita tentang kata ganti nama ni memang panjang lah, maklumlah dulu disebabkan siap buat presentation gunakan kertas mahjong dalam kelas tatabahasa. Kata ganti nama ni terbahagi kepada dua, iaitu apa entah, tapi salah satunya kata ganti nama diri.

So malas lah nak cerita panjang, aku ni bukannya bersijil untuk mengajar BM. Cuma nak beritahu yang aku ingin menggunakan Kata Ganti nama diri sebagai Aku untuk blog ni. Iye, mungkin orang yang melawat blog ni ada yg lebih tua dari diri aku, rasa macam rude pula.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk blog ikut tuan blog lah kan?
Mungkin ada sesetengah orang rasa macam kurang ajar je kalau kita bahasakan diri dengan "Aku". Betul-- dulu mak aku selalu marah kalau kitorg bersembang gunakan Aku.
Tapi la ni, dah takde dah.

Kalau dengan guru-guru, atau orang yg lebih dewasa aku akan gunakan Saya of course, cuma dalam dunia blog ni, siapa yang baca pun bukannya disangka kan?
Mungkin mak aku yg akan baca, mungkin juga aku je yg syok sendiri baca T.T


So oleh itu, jangan lah terus pangkah dan blocked blog aku ni bila aku gelarkan diri sebagai Aku.
Bagi aku, tu dah cukup mesra tau.

3 comments:

NoorVictory said...

Pun lebih suka ber aku kau. Hah, pakai aku je la dengan kau kan? Boleh? :)

Condoriano said...

Hahah dulu aku igtkan memang nak mcm tu pun, tiba-tiba terenglish terus jadi I you.

Cik Fieka Wafa said...

Guna 'aku' lagi mesra kot :P