Wednesday 19 December 2012

Artwork: One Piece

Aku ambil pics ni dari anime One Piece, tak silap aku episode 1 agaknya..
Semuanya dilukis & diwarnakan menggunakan Paint.

Malas nak lukis background :P

Saturday 15 December 2012

One Piece Z

As salam,

Alamak tertinggal beberapa hari pula dari membuat entry terbaru, well actually, bukannya sebab aku malas, tapi sebab aku tiada idea =_="

Hari ini aku excited, sebab apa?
Yelah, bagi peminat One Piece macam aku ni..
memang aku ternanti-nantikan movie yang terbaru dari One Piece.
Trailer dia kalau tak silapnya dalam bulan August dulu aku tengok, tapi lambat lagi dia nak keluar.
La ni, 12th Disember barulah movie dia yang betul keluar.

Bunyinya macam Dragon Ball Z,
actually Z tu nama musuh dia iaitu Zetto,
Formal Marine Admiral vs Luffy, future Pirate King!

Aku berikan movie ni 5 bintang, iaitu sebelum aku tengok movie dia.
Lepas aku tengok ni aku akan consider balik lah xD
Jom tengok!

Tuesday 4 December 2012

Masalah Malas Mandi Pagi

As Salam,

Biasalah musim cuti akhir tahun ni, memang ramai orang yang gemar bangun lambat, termasuklah aku. Mandi pagi tu ditundakan ke tengahari sedikit. Bukan apa, pagi tu air sejuk mengeliat satu badan. Lainlah kalau di rumah ada water heater, ini air perigi yang sejuk lagi. Perigi lah sangat kan?

Kalau waktu kecil dahulu, ayah aku siap rotan kalau kitorg tidur lepas subuh.
Dah lama-lama kitorg rasa rotan tu dah sebati, tak lali dah so terus je sambung tidur =__= (hampeh)
Aku dahulu 2 tahun di sekolah asrama penuh, penuh tu sebab ramai sangat pelajar dalam satu dorm. Bukannya sekolah asrama penuh yang kau orang fikirkan tu.

Waktu junior memang rajin bangun pagi, jalankan tugas ikut hari masing-masing. Siapa ada jadual tugasan harian. Lebih-lebih lagi aku ni pengawas, kena pergi sekolah awal untuk lepak-lepak dalam bilik pengawas. Tapi tu cerita junior je, cerita senior pula macam ni. Lepas habis solat subuh kitorg sambung tidur then pukul 7 tu junior kena kejutkan abang-abang senior. Pemalas yang amat kan? =__="

Berbalik kepada cerita malas mandi pagi tu, aku rasa korang kena ada benda ni baru senang nak mandi pagi.
Tadaa..
Span mandi Sponge Bob,
kalau aku ada benda ni insyaAllah rajin mandi pagi.
Betul tak adik-adik? xD


Peringatan: Jangan dibuat sponge basuh pinggan pula ya =_=

Monday 3 December 2012

Cerita Dongeng

As salam,

Aku memang cukup minat kalau dengar cerita-cerita dongeng, waktu kecil dulu pun aku rajin baca buku cerita kanak-kanak. Waktu dulu je lah, sekarang ni pemalas nak baca buku melainkan buku komik =__=

Sebenarnya best kalau kita explore cerita-cerita dongeng ni,
maklumlah bila dah dewasa nanti ada anak sendiri boleh lah dijadikan cerita untuk bed time story.
Cerita dongeng tu satu, ada yang betul ada juga yang sekadar mitos..
Benda tu semua bila kita dah dewasa barulah kita paham kenapa cerita itu diciptakan.

Salah satunya ialah untuk memberi nilai moral kepada kanak-kanak,
Contohnya cerita yg selalu didengari waktu kecil dahulu, iaitu bawang merah dan bawang putih. Korang cuba lah fikir apa nilai moral dalam cerita ni.
Kalau aku lah kan, disebabkan ayah mereka mati disengat ikan keli, sampai sekarang aku takut nk pegang ikan keli.. kecuali yg dh masak, yum-yum.

Ok tu nilai moral aku -__-"

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku ada jumpa satu anime,
iaitu berkisarkan cerita-cerita dongeng masyarakat negara Jepun.
Amazing kan? bagi aku, memang best bukan setakat dapat tahu cerita dongeng negara sendiri je, malah dapat tahu tentang negara luar.

Rumah jepun zaman dulu-dulu, agaknya.

Cerita ini dinamakan Furusato Saisei: Nihon no Mukashi banashi
Kalau ikutkan Pak cik google, maksudnya Village Regenaration: Cerita Jepun zaman dulu-dulu.
Pelik pula kalau dengarnya, yang penting pak cik google yg beritahu haha.

 Furusato Saise Nihon no mukashi banashi.


Kalau berminat jomlah layari AnimeFreak

Sunday 2 December 2012

Kata Ganti Nama Diri

As Salam,

Ingat lagi tak waktu di sekolah dahulu ada belajar Kata ganti nama?
Kalau nak cerita tentang kata ganti nama ni memang panjang lah, maklumlah dulu disebabkan siap buat presentation gunakan kertas mahjong dalam kelas tatabahasa. Kata ganti nama ni terbahagi kepada dua, iaitu apa entah, tapi salah satunya kata ganti nama diri.

So malas lah nak cerita panjang, aku ni bukannya bersijil untuk mengajar BM. Cuma nak beritahu yang aku ingin menggunakan Kata Ganti nama diri sebagai Aku untuk blog ni. Iye, mungkin orang yang melawat blog ni ada yg lebih tua dari diri aku, rasa macam rude pula.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk blog ikut tuan blog lah kan?
Mungkin ada sesetengah orang rasa macam kurang ajar je kalau kita bahasakan diri dengan "Aku". Betul-- dulu mak aku selalu marah kalau kitorg bersembang gunakan Aku.
Tapi la ni, dah takde dah.

Kalau dengan guru-guru, atau orang yg lebih dewasa aku akan gunakan Saya of course, cuma dalam dunia blog ni, siapa yang baca pun bukannya disangka kan?
Mungkin mak aku yg akan baca, mungkin juga aku je yg syok sendiri baca T.T


So oleh itu, jangan lah terus pangkah dan blocked blog aku ni bila aku gelarkan diri sebagai Aku.
Bagi aku, tu dah cukup mesra tau.

Gotta catch em' all 15 Years

As Salam,

Ini ialah entry sempena 15 tahun anniversery anime Pokemon. 15 tahun tu, waktu aku sedang budak hingusan lagi. Cewahh sekarang ni dah tak hingus lagi lah? dh besar dewasa pun layan Pokemon lagi, buat malu je.

Eh jangan pandang Rendah, ingat Pokemon ni budak-budak kecil je ke boleh layan? Aku suka Pokemon ni sebab cerita ni dah sebati dengan aku, pasal dari kecil tengok pengembaraan Ash/Satoshi (kalau dlm Jepun) dan partner dia Pikachu sampai sekarang masih lagi best.

Ini ialah series yang terbaru Pokemon Best Wishes season 2.

Kalau nak type semua nama series dia memang panjang, maklumlah dah beroperasi selama 15 tahun. Tapi honestly aku tak tengok semua series dia pun, mungkin kalau boring-boring nanti aku tengok lah kot. Yang aku tahu ialah Pokemon, Pokemon Johto Journey, Pokemon Indigo League, Pokemon Orange Island, Pokemon Diamond and Pearl, Pokemon Best wishes season 1 & 2 dan sebagainya..
Kalau nak tengok cubalah layari AnimeFreak.

Tapi pelik juga macam mana hero dia Ash/Satoshi ni boleh maintain budak-budak, walhal dah 15 tahun sepatutnya dia dah dewasa macam aku juga =____=
Takpelah, yang penting anime dia best. Happy birthday Pokemon.


Saturday 1 December 2012

Sticks + Stones

As Salam,

Tajuk ni aku ambil sempena album favourite aku, iaitu Sticks & Stones dari Cher llyod..
Actually tak pasti pula macam mana sebutan llyod tu, mungkin iLyod atau LLyod.


Cher llyod mcm One Direction juga, dia memulakan carier dia dalam bidang music selepas dari X Factor. Aku tak tengok pun X Factor cuma ada lah usha sedikit preview di youtube.
Ada gossip mengatakan dia ni bercouple dengan Harry dari One Direction..
Grr, melepas lah T__T


Lupakan tentang kehidupan dia, mari lihat musicnya pula..
Album Stick + Stones ni memang best,
aku rasa dalam 90% lagu dia dalam album ni best-best..
Kalau tak percaya cuba lah pergi type kt youtube Sticks + Stones, then dengar lah sendiri..
Malas pula nak letak link kt sini huahua

Antara lagu yg aku minat, Beautiful People,
Swagger Jagger, Want you back.

Genre musicnya ialah pop, ala-ala disco. First time dengar aku rasa memang tak masuk dgn aku yg berjiwa Rock kapak ni. Tapi dengar dalam 2 kali best lah pula ^^
Haa.. apa lagi jom lah youtube~
(Pasal nak beli CD mahal)