Tuesday, 4 December 2012

Masalah Malas Mandi Pagi

As Salam,

Biasalah musim cuti akhir tahun ni, memang ramai orang yang gemar bangun lambat, termasuklah aku. Mandi pagi tu ditundakan ke tengahari sedikit. Bukan apa, pagi tu air sejuk mengeliat satu badan. Lainlah kalau di rumah ada water heater, ini air perigi yang sejuk lagi. Perigi lah sangat kan?

Kalau waktu kecil dahulu, ayah aku siap rotan kalau kitorg tidur lepas subuh.
Dah lama-lama kitorg rasa rotan tu dah sebati, tak lali dah so terus je sambung tidur =__= (hampeh)
Aku dahulu 2 tahun di sekolah asrama penuh, penuh tu sebab ramai sangat pelajar dalam satu dorm. Bukannya sekolah asrama penuh yang kau orang fikirkan tu.

Waktu junior memang rajin bangun pagi, jalankan tugas ikut hari masing-masing. Siapa ada jadual tugasan harian. Lebih-lebih lagi aku ni pengawas, kena pergi sekolah awal untuk lepak-lepak dalam bilik pengawas. Tapi tu cerita junior je, cerita senior pula macam ni. Lepas habis solat subuh kitorg sambung tidur then pukul 7 tu junior kena kejutkan abang-abang senior. Pemalas yang amat kan? =__="

Berbalik kepada cerita malas mandi pagi tu, aku rasa korang kena ada benda ni baru senang nak mandi pagi.
Tadaa..
Span mandi Sponge Bob,
kalau aku ada benda ni insyaAllah rajin mandi pagi.
Betul tak adik-adik? xD


Peringatan: Jangan dibuat sponge basuh pinggan pula ya =_=

2 comments:

Siti Zulaikha Shuib said...

hahah i read ur recent post n i thought u cannot speak malay one haha. boley rupanya. but thats great.
btw comel sponge "sponge bob" ^^

Condoriano said...

Of course can x)
Just trying to practise my English.