As salam,
Aku memang cukup minat kalau dengar cerita-cerita dongeng, waktu kecil dulu pun aku rajin baca buku cerita kanak-kanak. Waktu dulu je lah, sekarang ni pemalas nak baca buku melainkan buku komik =__=
Sebenarnya best kalau kita explore cerita-cerita dongeng ni,
maklumlah bila dah dewasa nanti ada anak sendiri boleh lah dijadikan cerita untuk bed time story.
Cerita dongeng tu satu, ada yang betul ada juga yang sekadar mitos..
Benda tu semua bila kita dah dewasa barulah kita paham kenapa cerita itu diciptakan.
Salah satunya ialah untuk memberi nilai moral kepada kanak-kanak,
Contohnya cerita yg selalu didengari waktu kecil dahulu, iaitu bawang merah dan bawang putih. Korang cuba lah fikir apa nilai moral dalam cerita ni.
Kalau aku lah kan, disebabkan ayah mereka mati disengat ikan keli, sampai sekarang aku takut nk pegang ikan keli.. kecuali yg dh masak, yum-yum.
Ok tu nilai moral aku -__-"
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku ada jumpa satu anime,
iaitu berkisarkan cerita-cerita dongeng masyarakat negara Jepun.
Amazing kan? bagi aku, memang best bukan setakat dapat tahu cerita dongeng negara sendiri je, malah dapat tahu tentang negara luar.
Rumah jepun zaman dulu-dulu, agaknya.
Cerita ini dinamakan
Furusato Saisei: Nihon no Mukashi banashi
Kalau ikutkan Pak cik google, maksudnya Village Regenaration: Cerita Jepun zaman dulu-dulu.
Pelik pula kalau dengarnya, yang penting pak cik google yg beritahu haha.
Furusato Saise Nihon no mukashi banashi.